16 Januari 2011 - 20:30

Setelah tuntutan maaf secara terbuka tidak dipeduli oleh bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selagor (JAIS), komuniti Syiah Imamiyah yang berpusat di Seri Gombak atau dikenali sebagai Hawzah Imam Ridha (a.s.) ingin menyaman Khusrin Munawi yang kini menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pengikut Syiah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Setelah tuntutan maaf secara terbuka tidak dipeduli oleh bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selagor (JAIS), komuniti Syiah Imamiyah yang berpusat di Seri Gombak atau dikenali sebagai Hawzah Imam Ridha (a.s.) ingin menyaman Khusrin Munawi yang kini menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pengikut Syiah.

Kumpulan Syiah Imamiyah yang diketuai oleh Kamil Zuhairi tampil di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis terhadap Datuk Mohd Khusrin Munawi pada jam 3 petang tadi.

“Kami menuntut pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhada Mohd Khusrin di bawah peruntukan undang-undang Malaysia kerana menghina, menghasut dan memfitnah.

“Kami juga menuntut pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Khusrin yang berniat jahat untuk menghuru-hara ketenteraman awam di Malaysia dan negara-negara Islam seluruh dunia.

“Selain itu, kami juga menuntut tindakan terhadap Mohd Khusrin kerana ia mencetuskan kebimbangan kepada penduduk Malaysia yang mengamalkan kebebasan beragama,” katanya setelah membuat laporan polis.

Tambahnya lagi kes fitnah ini akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam.

Kumpulan Syiah Imamiyah ini telah ditangkap oleh JAIS pada 15 Disember lalu telah difitnah menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.